Antarabangsa

19 Oktober 2021 8.00PM

Bangkok Siap Sedia Menerima Kehadiran Pelancong Asing Bulan Hadapan

Bangkok-Tujuh puluh peratus penduduk di Bangkok atau 5.43 juta orang setakat ini telah menerima dos kedua vaksin Covid-19.

Menurut Timbalan Gabenor Bangkok, Sophon Phisutthiwong, Bangkok bersedia untuk menerima pelancong asing yang telah divaksinkan sepenuhnya bulan hadapan.

Beliau  berkata demikian  semasa pertemuan dengan Pusat Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) untuk Situasi Covid-19 melalui sidang video   

“Bangkok mencatat 1.037 kes corona virus yang baharu dengan 10 kematian lagi pada hari ini.Dari kes baharu, 812 berasal dari ibu kota sementara 225  di wilayah lain tetapi mendapat rawatan di hospital di Bangkok”, katanya

Sehingga 18 Oktober, sejumlah 8.13 juta orang di Bangkok telah menerima sekurang-sekurannya dos yang pertama vaksin Covid-19.

Katanya lagi  5.43 juta orang, atau 70.63% di ibu negara juga telah menerima suntikan dos yang  kedua setakat ini. Dijangkakan 80% penduduk Bangkok akan menerima dos kedua pada penghujung bulan Oktober ini.

Sementara itu Pegawai kesihatan daerah Pusat Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) telah memeriksa 247 perniagaan di pusat membeli-belah antara 14 Oktober dan 15 Oktober dan mendapati bahawa 244 daripadanya mematuhi garis panduan Covid,selebihnya telah diberi peringatan.

“kami akan menutup premis mereka, sekiranya mereka masih berdegil dan tidak  mengikuti garis  panduan yang diberikan”katanya   

Dalam pertemuan itu, agensi itu juga  ditugaskan untuk meninjau jumlah kakitangan pengangkutan awam yang tidak divaksinasikan lagi  sebagai sebahagian langkah bersiap sedia bagi pembukaan negara kepada pelancong asing.

 

Add comment

Comments

There are no comments yet.