1 Januari 2022 2.00PM
Kuala Lumpur-Kerajaan Malaysia menangguhkan buat sementara waktu ibadah umrah berkuat kuasa 8 Januari ini
Perkara ini telah dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin Abu Bakar pada hari ini di Kuala Lumpur.
Menurut Khairy, kerajaan terpaksa mengambil keputusan ini untuk menggelakkan daripada penularan varian Omicron
Katanya lagi, data yang diperolehi oleh Kementerian, menunjukkan bahawa 50 peratus kira-kira 32 kes daripada 64 kes varian Omicron berpunca daripada pengembara yang baru pulang dari Arab Saudi.
Bagaimanapun jemaah umrah yang telah membuat tempahan boleh meneruskan ibadah umrah mereka sehingga tarikh akhir pada 7 Januari ini dan mereka perlu menjalani kuarantin wajib apabila pulang nanti.
"Jemaah yang baru pulang dari Arab Saudi perlu menjalani kuarantin wajib di stesen kuarantin atau hotel yang telah dikenal pasti sebagai stesen kuarantin oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bermula 3 Januari ini,"
Walau bagaimanapun jemaah yang pulang pada hari ini atau esok boleh menjalani kuarantin di rumah dengan memakai peranti pengesanan digital untuk tujuan pemantauan.
Khairy juga turut menafikan hanya jemaah umrah saja diwajikan untuk memakai peranti pengesanan digital.
"Kita bukan saja mewajibkan kepada jemaah umrah, tetapi kepada semua pengembara yang pulang daripada negara berisiko tinggi seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom
"Di Amerika Syarikat hampir setengah juta kes harian , manakala di United Kingdom sebanyak 200 ribu kes harian dilaporkan," katanya kepada media,
Kementerian Kesihatan(KKM) memaklumkan Institut Penyelidikan Perubatan(IMR) telah menjalankan ujian PCR Genotyping Assay terhadap 1,077 sample dari 21 Decembar sehingga 29 December 2021.
Keputusan ujian pertama (presumptive) mendapati 966 sampel berkemungkinan dijangkiti oleh varian Omicron, daripada 966 sample sebanyak 750 sample iaitu kira-kira 78 peratus datangnya daripada pegembara yang pulang dari Arab Saudi dan kini menunggu keputusan ujian jujukan penuh (WGS)
Dalam perkembangan yang berkaitan Khairy berkata, kumpulan teknikal Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengkaji keperluan memberikan suntikan dos penggalak keempat berikutan ancaman penularan varian Omicron.
Kumpulan teknikal kementerian akan mengemukakan syor berkaitan kepada Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) selepas kajian dimuktamadkan.
"Kita telah menerima berita itu, dan kumpulan teknikal sedang kaji dan selepas maklumat diperoleh, mereka akan buat syor kepada CITF seperti biasa.
"Sama ada mereka yang terima Sinovac-Sinovac-Pfizer ( dos penggalak)mesti dilengkapi dengan satu dos lagi.
"Tetapi terlalu awal untuk buat kesimpulan buat masa ni. Tetapi kita tahu mengenai ujian tersebut dan sedang dikaji oleh kumpulan teknikal kita"katanya pada sidang media di Parlimen.
Add comment
Comments