Published on 13 November 2021 09.00

Kenderaan diubahsuai jadikan kiosk untuk penjualan beras

 Pichet Chuamuangphan sedang menabur padi dan beras di parlimen  tanda solidariti kepada petani

"Saya sangat kecewa apabila menteri berkenaan tidak hadir untuk menjawab soalan lisan saya  hari ini,"

"Ramai diantara petani rasa tertekan dengan kejatuhan harga padi, sebagai tanda protes mereka menyerahkan biji padi ini kepada saya untuk di bawa ke parlimen dan saya mengambil keputusan untuk membuangnya di sini sebagai tanda sokongan kepada mereka,"kata ahli parlimen daripada blok pembangkang itu.

Menurut rekod, Thailand merupakan pengeluaran beras utama dunia suatu masa dahulu, tapi kini telah diambilalih oleh India  dan Vietnam, manakala Thailand kini berada di tempat yang ke tiga.

Menurut seorang pakar ekonomi di sebuah Universiti di Bangkok, punca kejatuhan nilai ekport beras ke luar negara disebabkan oleh beberapa faktor.

Antaranya adalah, El Nino yang menyebabkan kemarau  dan lebih memburukkan lagi, apabila negara pengimport  seperti negara Malaysia dan beberapa negara lain, mencari pembekal baru seperti India, Vietnam dan Kambodia 

Mereka berbuat demikian, kerana matawang Baht yang kukuh   dan kos pengangkutan yang tinggi akibat pertukaran wang asing, menyebabkan mereka terpaksa menanggung  kos yang tinggi . 

Tinjauan di beberapa wilayah di Thailand mendapati, petani menjadikan halaman rumah mereka sebagai tempat untuk memproses padi, manakala  motovan dijadikan sebagai tempat untuk berjualan.

Pelangan juga diberi pilihan untuk membeli beras yang segar ataupun yang  sudah lama diproses.

"Di sini  sekiranya anda ingin  mendapat beras yang segar, anda boleh menunggu kami untuk memprosesnya, sekiranya anda tidak mempunyai masa, anda boleh terus membeli di kiosk kami  yang terletak di tepi jalan."katanya.

Beberapa orang petani ketika ditemui memberitahu, mereka berbuat demikian untuk menggelakkan daripada  keruglan yang berterusan dan penindasan oleh orang tengah

Selain daripada itu mereka berharap pihak berkuasa dapat membantu menangani masalah ini.

 

Add comment

Comments

There are no comments yet.