Horizontal Marquee News ticker using Html & Css

 Inilah  dua buah motosikal yang lesap dikatakan hilang di sebuah rumah inap desa di Kuala Terengganu awal   pagi Ahad

 Foto:Mohamad Adib

 Published on 14 August 2022 at 14:07

 

KUALA TERENGGANU -Seorang peserta program RXZ Members 4.0, Mohamad Adib terkejut apabila dua buah motosikal RXZ yang diparkir di sebuah inap desa di Kampung Pak Tijah, Kuala Nerus lesap di larikan pencuri. 

 

Mohamad Adib  yang berkongsi kejadian itu di media sosial berkata, kehilangan motosikal itu disedari sewaktu beliau bangun untuk menunaikan solat subuh pada pagi Ahad.

 

"Saya bangun dan meninjau di kawasan parkir rumah tersebut mendapati motosikal miliknya dan kawannya telah tiada.

 

"Saya cuba membuka pintu rumah inap tersebut, tetapi pencuri itu bertindak mengunci rumah inap itu dari luar,"katanya  dalam hantaran di facebook.

 

Dia yang Berasal dari Cheras, Kuala Lumpur,  datang   ke Terengganu bersama  rakannya  pada awal pagi Jumaat,  untuk menyertai himpunan RXZ Members 4.0 di Gong Badak  yang telah diadakan pada hari Sabtu .

Bomba datang membantu untuk mengeluarkan Adib dan rakan-rakannya yang terperangkap 

 

Menurut Adib lagi , pihak bomba telah dihubungi   bagi membantu mereka yang terperangkap di dalam rumah inap tersebut.

 

Katanya  lagi, setelah kisahnya  ditular di media sosial, dia ada menerima  maklumat motosikal itu telah menghala  ke Kelantan kerana ada yang ternampak motosikal itu dibawa melalui Kampung Raja di Besut dan kemudian di Tok Bali, Kelantan

 

Satu laporan polis berhubung kehilangan motosikal  akan  dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu.

Add comment

Comments

There are no comments yet.