Kesesakan berlaku di susur masuk TTDI Jaya dan Subang Hitech foto-Media sosial.
Published on 18 December 2021 at 20:00
Shah Alam-Hujan lebat berterusan sejak 24 jam yang lalu di sekitar Shah Alam, Kelang dan Subang menyebabkan banjir yang agak luar biasa.
Menurut seorang Penghantar Makanan, beliau telah terperangkap di Lebuh Raya Persekutuan dari Kelang ke Kuala Lumpur , berdekatan Batu 3, Shah Alam, susur masuk ke Taman TTDI Jaya dan Subang Hitech sejak jam 6.45 petang tadi.
Katanya lagi, kejadian banjir tersebut mungkin berpunca daripada limpahan air sungai Damansara.
Akibat banjir tersebut berlaku kesesakan jalan yang luar biasa.
"Sejak tinggal dikawasan ini lebih 20 tahun , inilah pertama kali saya mengalami situasi banjir yang paling teruk," katanya di media sosial.
foto-Media Sosial
Menurut seorang lagi warganet, beliau yang baru pulang dari Kelang terperangkap di sekitar Shah Alam dan menganggap Shah Alam kini seperti sebuah pulau .
"Saya di sini ( Shah Alam) hampir 4 jam untuk mencari jalan keluar, tapi kami dikhabarkan semua jalan-jalan utama termasuk Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Lembah Klang Utara (NKVE) dan Lebuhraya Lingkaran Tengah (ELITE) ditenggelami air.
"Jadi saya tidak tahu berapa lama lagi perlu kami tunggu untuk keluar dari kawasan ini, Shah Alam seperti sebuah pulau," katanya di media sosial.
Dalam pada itu PLUS memaklumkan, telah menutup plaza tol Shah Alam kerana ditenggelami air dan semua kenderaan dilarang melalui tol tersebut
PLUS berharap kenderaan yang datang dari utara diminta keluar di plaza tol Subang, manakala kenderaan dari selatan pula di plaza tol Seafield.
Add comment
Comments