Oleh:Julai Sidam

Published on 29 September 2021 23.00

Mohamad (bertongkat) sedang menerima bantuan daripada wakil NGO  beberapa minit sebelum  rebah dan meninggal dunia di kebunnya

 

Sidam Kanan-Seorang warga emas ,Mohamad Bin Ismail, 62, menghembuskan nafas yang  terakhir selepas 10 minit menerima bantuan daripada  NGO di sini

 

Menurut wakil NGO tersebut,En Juraidi Bin Shawal, beliau sangat terkejut ,apabila menerima berita tersebut  dan menyangka ianya hanyalah  satu guruan.

 

“Saya terkejut dan keliru apabila  mendapat panggilan semasa mahu  menyantuni  penduduk kampung   yang lain .Apa yang membuat saya keliru,  kerana saya baru saja  menyantuni  beliau, kira-kira 15 minit yang lalu”katanya ketika  di temui  wartawan Mediautara.

 

Katanya lagi, Sebuah  NGO  ada menghubungi beliau agar dapat  memilih beberapa orang penduduk kampung   untuk diberi bantuan  .Menurut  data    yang telah disimpan beliau , warga emas  tersebut belum pernah mendapat apa-apa  bantuan melalui beliau sebelum ini,

 

 “Alhamdullilah, walaupun bantuan tersebut tidak dapat dinikmati oleh beliau, namum niat saya bersama NGO  tersebut  tercapai,”

Sementara itu, menurut salah seorang ahli keluarga beliau yang enggan dikenali ,ayahnya   bergerak ke kebun yang terletak kira-kira 1 kilometer dari kediamannya  selepas  beberapa minit menerima bantuan.

 

“Ayah baru  menerima bantuan daripada salah seorang penduduk  kampung ini.Bagaimana pun selepas berapa minit  keluar dari rumah, saya  menerima satu pangillan telefon mengatakan ayah  telah  rebah dan meninggal dunia,"

 

Jenazah  Beliau akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Ujung  Padang, selepas pihak  hospital mengesahkan  beliau tidak dijangkiti Covid 19-Mediautara

 

Add comment

Comments

Mohamad Sukri Bin Shawal
3 years ago

Al-fathihah

Naim
3 years ago

Alfathihah