Horizontal Marquee News ticker using Html & Css

 berkata, langkah penguraian itu membolehkan ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah berhampiran dan dapat belajar pada sesi pagi dan mengikuti kelas KAFA pada waktu petang.

“Belajar di SK Seri Kuala pada waktu petang jadi murid tidak dapat mengikuti kelas KAFA” katanya.

SK Bukit Meriam dijangka dikosongkan selepas Aidil Fitri di mana murid dan guru akan beroperasi di SK Seri Kuala pada sesi petang berikutan Jabatan Kerja Raya Putrajaya memutuskan sekolah itu tidak selamat digunakan kerana ancaman tanah runtuh.

Radzili juga berkata ibu bapa tidak mahu menghantar anak mereka ke SK Seri Kuala kerana kedudukannya di luar jalan utama tempat kerja mereka.

“Mereka lebih suka menghantar anak mereka di SK Kota Kuala Muda atau SK Bukit Kechil kerana berada di laluan utama jalan raya,” katanya ketika dihubungi portal KedahOnline, semalam.

Radzili berkata, selain itu, ibu bapa terpaksa menggunakan jalan ban tali air yang lebih dekat ke sekolah itu.

“Kalau musim hujan, agak berbahaya melalui jalan itu, kalau tidak bernasib baik boleh terjatuh ke dalam parit,” katanya.

Sebelum ini, portal KedahOnline melaporkan SK Bukit Meriam tidak selamat kerana ancaman tanah runtuh di bahagian belakang sekolah itu yang terletak di kaki Bukit Meriam.

Pakar forensik dari Jabatan Kerja Raya Putrajaya yang membuat kajian struktur tanah dan batuan di bukit berkenaan awal tahun ini, memutuskan sekolah itu tidak selamat untuk beroperasi.

Sepatutnya, awal bulan ini sekolah berkenaan ditutup,  murid dan guru berpindah ke SK Seri Kuala, namun tertangguh kerana masalah logistik.

Radzili juga berkata, ibu bapa juga bimbang menghantar anak mereka bersekolah di sana kerana ia kawasan bencana tsunami.

“Kami berpindah untuk keselamatan anak-anak kerana Bukit Meriam tidak selamat tetapi Kuala Sungai Muda pula kawasan tsunami,” katanya. – KedahOnline

 

 

Add comment

Comments

There are no comments yet.