Published on 30 Oktober 2021 at 07:00
Ada beberapa cara yang boleh kita lakukan antaranya dengan menggunakan kaedah tradisional.
Dengan cara tradisional ini ia dapat menggelakan tikus mati di tempat yang tidak ketahui kerana tujuan utama kita bukan untuk membunuh tapi menghalau tikus-tikus dari memasuki rumah kita.Jadi Apakah caranya:-
1-Daun Durian Belanda
Caranya, letakkan beberapa helai daun di tempat yang selalu dilalui tikus atau sarang tikus. Gantikan daun itu selepas 2 atau 3 hari sekali di tempat yang sering menjadi laluan tikus. Letakkan juga di dalam almari pakaian.
2-Kulit Durian
Letakan beberapa potongan kulit durian di tempat-tempat yang selalu dilalui oleh tikus. Bau durian yang menusuk hidung dan kulitnya yang berduri pastinya akan membuatkan tikus gerun untuk datang ke rumah anda
3-Buah Mengkudu.
Anda boleh ambil dua atau tiga biji buah mengkudu. Potong mengkudu itu menjadi beberapa bahagian. Letakkan ia di dalam mangkuk di kawasan yang sering dilalui tikus. Bau buah mengkudu yang menyengat dapat menghalau tikus.
Selain daripada petua yang diberikan persekitaran yang bersih amat penting untuk menggelakkan haiwan perosak ini menganggu keluarga kita.
Sumber:Xtra dan Apa Cerita