Oleh:Athar Ali
Published on 21 August 2022 at 11:00
Penulis sewaktu berada di pekan Betong, wilayah Yala dalam perjalanan ke beberapa wilayah lain di Thailand
CATATAN PENGALAMAN PENGEMBARA SENJA
Menunggang motosikal di Thailand, rasa lebih mudah dan selamat berbanding di Malaysia.
Mungkin kerana undang-undang di sana, aku difahamkan, jika berlaku kemalangan melibatkan kereta dengan motosikal, secara automatik kereta itu dipersalahkan.
Ia mewujudkan satu keadaan, penunggang motosikal mesti diberi keutamaan dalam apa jua situasi.
Selama berada di sana, sekali pun aku tak diberi tekanan, bunyi hon dan sebagainya daripada kenderaan yang lain.
Walaupun majoriti tanpa topi keledar, tunggang melebihi dua orang dalam satu motosikal, aku dapati satu kemalangan pun tidak berlaku.
Di kawasan lampu isyarat , walaupun panas terik, lengang, mereka tetap sabar menunggu hingga lampu hijau.
Menikmati makan malam yang enak bersama seorang rakan di Hatyai dan tidak lupa pulot mangga sebagai pencuci mulut.
Sewaktu pulang dari makan malam, sekitar jam 10, aku perhatikan kebanyakan lampu isyarat akan di nyah aktifkan.
Hanya lampu kuning dibiarkan berkelip-kelip.Jadi, undang-undang asal terpakai, seperti tiada lampu isyarat.
Kenapa mereka buat begitu? Waktu ni, jalanraya dah lengang. Mereka tidak mahu berlaku situasi pengguna terpaksa membuang masa ketika berada di lampu merah, walau tiada kenderaan dari arah lain. Sesuatu yang mungkin boleh kita contohi.
Apabila melalui laluan berbukit dan berliku, sekiranya kenderaan kita terperangkap di belakang lori yg perlahan, lori itu akan membantu, memberi ruang untuk kita memotong pada situasi yang sesuai.
Samada dia berhenti seketika di kiri, atau beri isyarat kiri agar kita dapat memotong.
Ini dapat mengurangkan deretan kenderaan yg terpaksa mengekori di belakang lori terlalu lama.
Di sana ada terlalu banyak lebuhraya.Nama diberi berdasarkan nombor sahaja. Misalnya, lebuhraya 404, dari Pak Bara ke bandar Satun. Tidak ada nama yang panjang bagi memudahkan kita mengingatinya.
Memasuki Malaysia, aku dah mula rasa perbezaan sikap segelintir pemandu di sini.
Memberi tekanan, "mencucuk" rapat dari belakang dan menghimpit adalah lumrah.
Lebih menyedihkan lagi, mereka memandang rendah pada penunggang motosikal, lebih-lebih lagi motosikal yang berkuasa rendah seperti "kapcai".
Namun, hujan emas negara orang, tetap mencintai negara sendiri. Rasa selamat dan tak perlu takut-takut. Sentiasa dilindungi