Horizontal Marquee News ticker using Html & Css

  Published on 11 August 2022 at 19:00

  Oleh:Bekas Pelajar SMPS

 

Tahukah anda Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Serai, Kedah(SEMPAS)  telah berusia  57 tahun .Ia juga  di kenali sebagai SMPS oleh  pelajarnya diawal penubuhannya.

 

Terletak  di daerah Kulim dan parlimen Padang Serai, ia mengambil masa  30 hingga 40 minit dengan jarak perjalanan  22 km dari pekan Kulim.Manakala jarak dari pekan Padang Serai adalah  kira-kira 2 km dengan 3 minit perjalanan

 

 Manakala untuk ke Bandar Sungai Petani , ia memerlukan perjalanan sejauh  25km dengan  mengambil masa kira-kira 35 minit  dan 7 minit diperlukan untuk ke sempadan Kedah-Pulau Pinang sejauh 5km.

 

Peluang belajar di SMPS  tahun 60an hingga 80an kepada penduduk Padang Serai dan sekitarnya

 

Pada tahun 1965  hingga1980, iaitu sebelum penubuhan sekolah menengah yang baharu, SMPS  merupakan satu-satunya sekolah harian yang   memberi khidmat kepada  penduduk di sekitar Padang Serai terutamanya  penduduk yang  di tinggal di kampung Sidam Kanan,Guar Lobak, Ekor Kucing, Tanjung Belit, Kg Dekeh @Sentosa, Terat Batu, Naga Lilit, Permatang Durian ,Permatang Tok Dik ,Padang Meha  dan  penduduk yang tinggal kawasan ladang seperti, Ladang Henrietta(kini menjadi sebahagian daripada Taman Serai Wangi) , Ladang Victoria , Ladang Padang Estet dan Ladang Bukit Selarong.

 

Selain penduduk di daerah Kulim,  SMPS juga   memberi peluang  kepada penduduk yang tinggal kawasan lain seperti penduduk  di daerah Kuala Muda dan sebahagian kecil penduduk Pulau Pinang yang tinggal di sempadan Kedah-Pulau Pinang .

 

Menurut bekas pelajar yang tinggal di daerah Kuala Muda,  mereka yang tinggal di kampung Sidam Kiri, Kampung Banggol, Pantai Perai, Kampung Siam Olak Madu,  Kemumbung, Lubuk Kiab, Pantai Edau dan Lubuk Saga  agak sukar untuk  ke  Sekolah Menengah Khir Johari (SMKJ) atau Sekolah Menengah Ibrahim(SMI)  yang terletak di bandar  Sungai Petani, Kuala Muda.

 

Ini kerana jaraknya   agak jauh ditambah lagi dengan hubungan jalanraya  yang kurang baik.

 

Pada waktu itu, SMPS merupakan  satu-satunya  sekolah yang paling hampir dengan kediaman mereka berbanding SMKJ dan SMI  kerana ia mempunyai hubungan jalanraya  yang lebih baik walaupun jalannya bertanah merah.

 

Selain daripada dua daerah yang terletak di negeri Kedah,  sebahagian kecil penduduk Pulau Pinang terutamanya yang tinggal di sempadan Kedah-Pulau Pinang seperti  Kampung Selamat dan Ekor Kucing Pulau Pinang juga pernah belajar di sini.

 

"Kelas Hanyut" 

Pada  tahun 1978  akibat kekurangan bilik darjah untuk sessi petang, pihak sekolah telah   mewujudkan "Kelas Hanyut" dimana kelas Tingkatan Dua A,B, dan C telah ditukar ke sessi pagi, manakala  kelas Tingkatan Dua D ke bawah  masih kekal berada disessi petang.

 

Pelajar Tingkatan Dua  A, B dan C di sessi pagi   akan menumpang di bilik darjah yang kosong ketika pelajar mengadakan aktivi luar , makmal sains dan  bengkel seni perusahaan serta kantin sekolah.

 

Penubuhan Sekolah Menengah Padang Serai II

 

Bagi menampung kesesakan yang berlaku di SMPS, pada Januari  tahun 1985, kerajaan melalui Kementerian Pelajaran telah menubuhkan  sebuah lagi sekolah  di kawasan Padang Serai iaitu Sekolah Menegah Padang Serai II,  kemudiannya dikenali  sebagai Sekolah Menengah Dato’ Lela Pahlawan.

 

Seperti penubuhan SMPS pada tahun 1965, Sekolah ini juga  menumpang sementara waktu  di Sekolah Kebangsaan Guar Lobak  dan berpindah ke lokasi tetapnya pada tahun 1986. 

 

Selaras dengan pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1997 agar semua sekolah ditambah perkataan ‘kebangsaan’, maka kini nama sekolah ini telah dikenali sebagai Sekolah  Menengah Kebangsaan Padang Serai (SEMPAS)

 

Dimanakah Sekolah Menengah Kebangsaan  Padang Serai bermula?

Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Serai terletak di Jalan Baling,  kira-kira 2 km dari pekan Padang Serai dan 20km dari pekan Kulim.

 

 

Gambar :FB SJKC Shang Cheng

Sekolah ini ditubuhkan pada 10 Januari 1965 dengan menumpang di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) SJKC Shang Cheng, yang  terletak berhadapan RHB bank Padang Serai.

 

Ia bermula dengan 7 kelas  dimana 4 kelas Peralihan Bahasa Inggeris, 1 kelas Peralihan Bahasa Melayu dan 2 kelas Tingkatan Satu 

 

Jumlah guru pada masa itu adalah seramai  14 orang  terdiri daripada seorang  pengetua, dua guru terlatih dan sebelas guru RTC dan  guru Sandaran

 

Menurut bekas pelajar yang menjadi pelopor sekolah ini, mereka memulakan persekolahan di sini   pada tahun 1965 sehingga 1967 .Setelah tamat  Tingkatan Tiga  pada tahun 1967 dan lulus Sijil Rendah Pelajaran (SRP) mereka terpaksa menyambung pelajaran ke Tingkatan Empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim (SMKK)

 

Ini kerana Smps pada waktu itu belum lagi bersedia  unutk menawarkan Tingkatan Empat kepada lepasan Sijil Rendah Pelajaran(SRP)  tahun 1967. disebabkan  tapak kekal  yang terletak di Ladang Victoria  masih belum lagi siap.

 

SMPS berpindah ke tapak kekal pada tahun 1968 dan dibuka dengan rasminya tiga tahun kemudian.

 

Pada  11 Mac 1968, dengan memiliki dua buah  blok bangunan pada mulanya,  SMPS telah berpindah ke bagunan sendiri  yang terletak di kawasan Ladang Victoria. dengan keluasan tanahnya 15 ekar  

 

Manakala Pada 7 Jun 1971, sekolah ini telah dirasmikan oleh YMM Tuanku Bendahara, YMM Tunku Abdul Malek Ibni Almarhum Sultan Badlishah, pemangku Sultan Kedah pada masa itu  .

 

Untuk rekod  Sultan Kedah, pada waktu itu, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah merupakan Yang di-Pertuan Agong  yang ke lima bermula 21 September 1970 sehingga  20 September 1975 .

Pada tahun 1987,  kelas Tingkatan Enam  Rendah mula diwujudkan, manakala kelas aliran Agama Islam pula mula beroperasi pada tahun 1999 tetapi kelas ini telah dibubarkan mulai tahun 2007.

 

Gambar terkini Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Serai,Kedah(SEMPAS)

 

Di bawah ini senarai kepimpinan  guru besar atau pengetua yang pernah berkhidmat di sekolah ini bemula tahun 1965 hingga 2005.

 

En. G. Rajoo (1965-1972),

Tn. Hj. Syed Ahmad b. Syed Yassin (1972-1977),

Tn. Hj. Mansor b. Hj. Abd. Rahman (1977-1979),

Tn. Hj. Abd. Halim b. Hj. Othman (1980-1982),

En. Hamdan b. Muhd. Salleh (1983-1984),

Tn. Hj. Ahmad Mukhtar b. Hj. Abdullah (1984-1992),

Tn. Hj. Haris Fadzilah b. Mustafa (1992-1999),

Pn. Hjh Rohani bt Said (2000-2005)

Tn Hj. Mohd. Nor b. Othman (2005

Sumber:FB SEMPAS

Catatan bekas pelajar  setelah kembali ke sini selepas 34 tahun dan sambutan hariraya 2014

Setelah meninggalkan sekolah ini  pada tahun 1981, aku kembali ke sini pada tahun 2014  sempena perjumpaan hariraya  yang dianjurkan oleh Persatuan Bekas Pelajar SMPS 80-82.

 

Banyak kenangan yang yang tercatat di minda,suka duka pahit manis semua mengamit kenangan

 

Ada yang bercerita tentang berkongsi  segelas teh ais dan sebuku roti pelanta bersama tiga rakan yang lain.

 

Waktu itu segelas teh ais  dan sebuku roti   cukup berharga bagi  golongan marhean seperti kami.

 

 

Gambar hiasan

          Cikgu Amillia Ariffin tahun 2016

Selain daripada itu mereka juga bercerita tentang kehebatan Cikgu  Amillia Ariffin yang mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris,  memiliki MG sport berwarna merah dan  masih bujang, walaupun sedikit berumur.

 

Setelah berkahwin  beliau mengikut suaminya berhijrah  ke Kuala Lumpur   dan menetap  di Taman Nirwana Kampung Pandan 

 

Paling  tak boleh dilupakan, bilamana seorang sahabat  membawa nasi yang dibungkuskan dengan daun pisang dan berlaukan ikan tamban  atau gelama masin, sungguh menyelerakan, walaupun lauknya sekadar ikan masin.

 

Waktu itu ikan masin digorengkan dengan minyak kelapa(minyak nyoq buatan sendiri), aromanya bertambah apabila lebihan minyak bercampur sisik ikan  digaul bersama nasi.

 

 Lebih nikmat  sekiranya  dimakan bersama gulai kosong  yang dibeli di kantin sekolah .Hanya gulai kosong saja yang termampu ketika itu.

 

 

'Pot' Kebun Ubi Belakang Sekolah.

Kebun ubi merupakan tempat transit  sebelum memulakan sekolah sessi petang atau menunggu untuk aktiviti  kokurikulum  di sebelah petang bagi yang bersekolah di sessi pagi.

 

Di sini  diceritakan,  ada rakan-rakan terpaksa cabut lari ketika dikejar pengawas sewaktu sedang merokok .

 

Kebun ubi juga tidak asing bagi aku.Di tahun 1977, semasa aku  di Tingkatan Satu sessi petang , aku menumpang bas sekolah milik seorang penguasa berbangsa  india, Perumal a/l Narasimah yang tinggal di Ladang Henrietta.

 

Basnya agak baru kalau nak dibandingkan dengan bas milik  Rashid Maidin, Hassan Mualaf dan Ustaz Taq yang agak uzur.

 

Oleh kerana jadual bas aku paling awal sekitar 11 pagi , maka aku  sampai lebih awal ke sekolah sekitar jam 11.30 pagi setelah singgah di kedai Seeni Mohamad atau Azmi untuk membeli sedikit lauk  atau kuah gulai.

 

Waktu itu gulai dari kedai Seeni Mohamad adalah terbaik, masih wujud sehingga kini,  walaupun rasanya agak berubah

 

Jadi untuk  mengisi masa terluang, di sini menjadi  'pot'  aku dan rakan-rakan  untuk berehat,  makan,  meniru kerja sekolah dan lain-lain.

 

Mati Hidup Semula 

Dalam keseronakan menyambut hariraya, riuh rendah dan hiruk-pikuk terhenti sejenak apabila Cikgu Yusof Ishak  atau Cikgu Chop ketika itu berumur 62 tahun  mmenceritakan sesuatu.

 

Dengan mengunakan pembesar suara  beliau menceritakan, tentang  degupan jantungnya  terhenti   selama 5 saat dan kembali normal .Tonton Video di bawah

 

Cikgu  Chop merupakan seorang cikgu yang paling tegas dan bengis .Tiada  siapa yang berani menatap mukanya , semuanya tunduk layu. Itu la  sifat Cikgu Chop yang tidak ada  pada cikgu-cikgu yang lain.

 

Untuk cikgu-cikgu lain aku tak berapa ingat maklumlah banyak makan semut sewaktu muda ditambah lagi faktor usia yang akan  menjadi warga emas dua tahun  lagi.Sekiranya  ingin berkongsi pengalaman boleh tulis di ruang komen

Gambar sekitar perjumpaan bekas pelajar oleh Persatuan Bekas Pelajar SMPS 80-82 bertempat di Dewan terbuka  SMPS pada 2014-Gambar Koleksi daripada FB:Persatuan Bekas Pelajar SMPS 80-81

Kalau nak diikutkan banyak lagi  pengalaman nak dicoretkan,  atas sebab tertentu biar aku simpan saja niat aku..Hanya kawan-kawan rapat saja yang tahu.Ada yang sedang tersenyum.

Bekas pelajar SMPS 1977-1981 

Add comment

Comments

NORHAYATI MN
2 years ago

Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermanja. SMPS penuh suka dan duka. Terpahat memori yg akan terus subur dlm sanubari semua.

(Wan) Hamzah Abd Rahman
2 years ago

Mmg rindu sgt masa2 dalam persekolahan ni..

xsmps
2 years ago

Tu dia baru tau, dia start kat sekolah cina dulu.