Petua untuk mengelakkan Meehon goreng udang pedas menjadi cepat  basi.

Letak sayur sawi putih sebanyak mana yang kita perlu, goreng sehingga  kering. Untuk mengelakkan dari cepat basi, tak perlu letakkan taugeh.Insyallah ia dapat dinikmati sehinga petang, sekiranya digoreng untuk sarapan pagi

Resepi....

Bahan-Bahan

  1. Sebungkus meehon direndam dengan air paip.
  2. Bawang putih 5,6 ulas
  3. Bawang merah 4,5 ulas
  4. Udang kering atau bilis
  5. Udang hidup
  6. Ayam(Jika Perlu)
  7. Sawi
  8. Cili kering 
  9. Cili sos, garam dan gula 1 sudu makan

Cara-caranya:_

  • Kisarkan bahan 2,3, dan 4 tanpa  air supaya senang ditumis
  • Cili kering dikisar , ikut kepedasan yg dikehendaki
  • Udang hidup dibuang kulit
  • Isi ayamfish, cakefish ball (Jika perlu)
  • Kepala udang dibasuh bersih, rebus ambil airnya
  • Sayur sawi di potong mengikut saiz

Tumis bahan yang dikisar tadi sehingga garing, masuk cili kisar mengikut cita rasa , masak sehingga garing, masukkan udang atau ayam sehingga masak, masuk fish ball, masukkan cili sos. letak air rebusan udang tadi, anggaran 2 mug biarkan ia mendidih.

Kemudian letak garam,sedikit gula biar ia mendidih,setelah mendidih, perlahan kan api.Setelah itu masukkan meehon, gaulkan meehon hingga sebati, perlahan api .

Biarkan saja  meehon masak dengan menggunakan api yang  perlahan, kacau perlahan-lahan untuk menggelakkan  hangit di bawah.Lepas itu masukkan batang sawi, gaul sehingga lembut, setelah itu  masukkan daun sawi dan gaulkan  denagan mengunakkan api yang  perlahan, agar meehon  menjadi lembut dan masak keseluruhanya.

Saya suka meehon yg lembut dan kering dan terserah kepada anda macamana yang anda inginkan .Rasa dahulu sebelum dihidangkan kepada ahli keluarga atau rakan-rakan

Kalau nak lebih sedap, perlu lebihkan bahan-bahannya.Selamat mencuba.

Kredit Resepi : noriza izaa

Add comment

Comments

There are no comments yet.