Published on 4 Julai 2022 19:00
Foto:Media Sosial
Baling-Hujan lebat berterusan selama tiga jam di daerah Baling menyebabkan banjir kilat berlaku di Kupang,
Menurut beberapa orang penduduk , hujan yang bermula pada jam 2.00 petang itu menyebabkan dua kampung dinaiki air.
Antara kampung yang terjejas ialah Kampung Iboi dan Kampung Tanjung Luas di Mukim Kupang.
Menurut Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Kapten (PA) Rasidah Kassim, berkata hujan lebat selama tiga jam mengakibatkan rumah penduduk yang tinggal di tepi tebing Sungai Kupang dinaiki air.
"Kita menerima lapuran daripada penduduk kira-kira jam 6 petang , lalu menggerakan anggota APM Baling ke lokasi .
"Jumlah sebenar mangsa banjir itu belum diketahui dan tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka, setakat jam 6.30 petang tadi,"katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Add comment
Comments