Published on 12 November 2021 at 13:00
Georgetown-Hujan lebat sejak awal pagi tadi menyebabkan beberapa lokasi di sini, dilanda banjir kilat paras buku lali.Ini menyebabkan belaku kesesakan di pusat bandar pagi ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Alam Sekitar dan Masyarakat Penyayang Pulau Pinang, Phee Boon Poh berkata, antara kawasan yang terlibat adalah, Jalan P. Ramlee, Jalan Kuantan, Jalan Pintal Tali, Jalan Macalister, Lorong Ngah Aboo, Jalan Anson, Lebuh Mcnair, Lebuh Nanking, Lebuh Katz, Pasar Lebuh Cecil, Jalan Timah Simpang Kg Jawa Lama, Lebuh Carnarvon, Lebuh Victoria dan Pengkalan Weld.
Kata beliau lagi, air mula surut di sekitar jam 9.30 pagi dan pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)bertungkus lumus membersihkan longkang untuk menggelakkan laluan air tersumbat
Add comment
Comments