Published on 5 December 2021 at 19:.00
Sazalee (kanan) menunjukkan pistol mainan yang digunakan dalam kes samun tersebut-foto IPD Kulim
seorang suspek berjaya diberkas oleh orang awan sejurus kejadian-sumber FB
Kulim-Semalam tular di media sosial, seorang lelaki telah diberkas oleh penduduk Kampung Jeram, Merbau Pulas, Kuala Ketil, Kedah
Polis dalam kenyataan hari ini telah memaklumkan bahawa empat suspek telah diberkas termasuklah yang telah ditangkap oleh orang awan semalam.
Suspek yang yang tidak ada kes jenayah lampau itu , berumur antara 24 tahun hingga 38 tahun, dimana 2 orang daripadanya adalah adik beradik.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Sazalee Hj Adam berkata, dalam kejadian jam 8 pagi itu, suspek memperkenalkan diri sebagai polis dan meminta mangsa membuka pintu rumah.
Bagaimanapun mangsa seorang wanita berumur 42 tahun bersama anak saudaranya enggan membuka pintu.
"Apabila mangsa enggan membuka pintu, suspek seramai empat orang telah menggunakan tukul besi berjaya memecahkan pintu belakang rumah tersebut
"Mereka kemudian masuk ke dalam bilik dan mengikat mangsa dengan pengikat kabel, lalu mengeledah almari di bilik mangsa dan menjumpai 2 utas rantai," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim(IPD Kulim).
Menurut Sazalee , adik mangsa yang kebetulan baru pulang ke rumah menjerit meminta pertolongan, membuat suspek bertempiaran lari.Bagaimanapun dengan bantuan jiran, seorang suspek berjaya diberkas.
"Dengan maklumat yang telah diberi oleh suspek, polis berjaya menahan tiga lagi suspek di Sungai Petani, jam 3 pagi tadi,"katanya
Polis juga menjumpai semula 2 utas rantai milik mangsa yang bernilai RM 10,000 dan merampas 3 pucuk pistol mainan serta tukul
Sazalee berharap orang ramai tidak membuat andaian sendiri berkenaan tukul besi tersebut, dimana tukul tersebut adalah milik suspek yang digunakan untuk memecah pintu belakang rumah tersebut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan
Add comment
Comments