Published on 25 Jun on 2022 23:58
Foto:Media Sosial
Sg Petani-Seorang Guru Agama bersama dua orang anaknya dikhuatiri lemas selepas kereta yang di pandunya terbabas dan terjunam ke dalam sungai di Jambatan Pantai Cicar, Kuala Ketil, hari ini.
Menurut Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Samsuddin Mamat, berkata kejadian itu belaku kira-kira jam 6 petang, apabila orang awam menemui serpihan bampar kereta jenis Proton Persona di tebing sungai terbabit .
Identiti ketiga-tiga mangsa yang terbabit dikenal pasti sebagai, Mashitoh Ibrahim, 37, dan dua anaknya, Mohd Ziyad Zikri Sharudin, 7, dan Mohd Ziyad Haziq Sharudin, 5.
Katanya lagi, Mashitoh merupakan seorang guru agama di Sekolah Kebangsaan Kampung Selarong, Kuala Ketil, Baling, Kedah
“Polis telah menghubungi bomba bagi melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang masih dilakukan sehingga kini,” katanya
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, sebaik menerima panggilan sepasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Amanjaya dan BBP Baling dikejarkan ke lokasi kejadian.
" Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) JBPM Kedah turut tiba namun tidak dapat melakukan selaman berikutan arus sungai deras dan kedalamannya melebihi tiga meter,"katanya
Katanya lagi, operasi turut dibantu beberapa bot penduduk kampung
Add comment
Comments