Published on 23 Oktober 2021 at 20:00
SUNGAI PETANI-Susulan cadangan untuk menaikan harga getah ke paras lantai sebanyak RM3.50 sekilogram, pihak yang berkaitan melahirkan rasa syukur dan gembira
Mereka berharap cadangan itu dapat direalisasikan dengan segera memandangkan harga sawit sebanyak RM1,100 setiap tan berbanding harga lantai sekerap RM2.50 sekilogram pada masa ini.
Perkara tersebut telah mewujudkan jurang yang besar antara pengusaha kebun getah dan kelapa sawit.
Dalam tinjauan kami dibeberapa tempat disekitar Sungai Petani mendapati rata-rata penoreh getah melahirkan rasa gembira dengan perkembangan ini
Penoreh getah, Saad Bin Long, 59 dari Kampung Sidam Kiri, berharap apa yang diperkatakan adalah benar bukan cakap-cakap kosong.
“Saya berharap pihak berkuasa dapat mempercepatkan lagi cadangan ini memandangkan keadaan ekonomi pada masa ini yang agak kurang stabil,” katanya ketika ditemui pemberita.
Beliau berharap sekiranya dilaksana dengan segera, ia dapat mengimbangi pebelanjaan seharian, memandangkan harga barang keperluan asas agak terlalu tinggi dipasaran.
Minggu lalu, media melaporkan kerajaan diminta mempertimbangkan untuk menaikkan harga lantai getah sekerap kepada RM3.50 sekilogram mulai Januari tahun 2022 untuk membantu lebih ramai penoreh getah keluar daripada garis kemiskinan.Mediautara
Powered By
Mediautara Production
Add comment
Comments