Badrulhisham menambah, Berangan Aqua Park dibuka pada jam 10 pagi hingga 6 petang setiap hari kecuali Selasa.
Sebanyak 8 ringgit dikenakan kepada pengunjung yang berumur 4 tahun keatas dan sesiapa yang ingin mengadakan hari keluarga di sini, bolehlah menghubungi FB Pihak Pengurusan Berangan Aqua Park
Sementara itu seorang pengunjung dari Selangor, Rahman Ahmad, 40, berkata, beliau mendapat maklumat tentang tempat ini melalui seorang kenalan di sini.
Pada mulanya, beliau agak terkejut dan tidak menyangka kerana terpaksa melalui kawasan sawah dan kampung .
Apabila sampai ke sini barulah beliau yakin tempat ini benar-benar wujud.Selain daripada itu, ia juga memberi satu panorama yang indah dan menarik sepanjang jalan ke tempat ini.
"Saya rasa tempat ini masih baru berdasarkan bagunan dan kolam, suasana di sini agak menarik dan yang paling penting harga tiket dan makanan sangat berpatutan,"Katanya
Menurut pihak pengurusan Berangan Aqua Park, makanan dan minuman daripada luar tidak dibenarkan, namun pihak pengurusan ada menyediakan makanan dan minuman yang boleh dibeli di dalam kawasan ini dengan harga yang berpatutan.
Add comment
Comments