18 Oktober 2021 6.00PM
Melaka: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan tarikh penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka adalah pada 8 November manakala tarikh mengundi pula pada 20 November 2021, kata Pengerusi SPR , Datuk Abdul Ghani Salleh.
Menurutnya lagi, tarikh pengundian awal akan diadakan pada hari Selasa 16 November, dimana tempoh 12 hari telah diberi untuk berkempen.
Sebanyak 28 Pengurus dan 80 Penolong Pengurus Pilihanraya dilantik bagi melincinkan perjalanan PRN Melaka kali ini.
28 DUN Melaka terbubar setelah empat Adun Kerajaan telah menarik sokongan kepada Kerjaan Negeri , yang dipimpin oleh Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Sumber SPR
Add comment
Comments